Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jumaat, 2010 Februari 05

MAJLIS AKAD NIKAH YANG BAKAL BERLANGSUNG
PADA 28 MEI 2010
BERSAMAAN
14 JAMADIL AKHIR 1431H

Saat yang dinantikan, aku akan bergelar suami kepada isteri yang kudambakan selama ini,
aku bersyukur kerana Engkau telah mempertemukan aku dengan "DIA"
harapan aku agar aku akan menjadi suami yang soleh buat isteriku yang solehah,
dan aku mengharapkan agar rumahtangga yang bakal kami bina ini berkekalan hingga keakhirnya
Amin Ya Rabbal Alamin

Ahad, 2010 Januari 24

RENUNGAN : 10 SIFAT YANG MESTI DIPUPUK




السلام عليكم و رحمة الله

Oleh : Hazlan hj. Mohammad

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita. Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian. Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati

Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

و الله اعلم

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."


Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan irinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Semoga memberi manafaat.

Sabtu, 2010 Januari 23


Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru.
Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.

Rabu, 2010 Januari 20

MENARA HPA BAKAL MENJADI KENYATAAN
"INILAH KEBANGGAAN KAMI"


Menara HPA di Seksyen.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 13 tingkat itu. Sama-sama kita berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan.



Isnin, 2009 Disember 07

Filem 2012: Usaha Halus Mensesatkan Umat Islam

Peluang yang ada untuk menonton filem digunakan sebaiknya dalam mengisi masa lapang. Saya bukanlah seorang ulama atau seorang yang mempunyai kelulusan agama. Saya hanya seorang hamba yang ditakdirkan berada dalam suasana pelbagai bangsa dan agama. Peluang menonton wayang digunakan sepenuhnya.

2012, filem pilihan kami. Memang bagi kami melihat kecanggihan teknologi serta memahami teori kiamat 2012 adalah matlamat kami. Selepas menonton 2012,nyata pihak Barat cuba menonjolkan tipu daya ke atas umat Islam secara halus.

2012 memaparkan satu perjalanan menyelamatkan diri menuju ke dunia baru. Teori kemusnahan dalam filem ini nyata salah sama sekali kerana menafikan kewujudan kiamat.




(babak dalam 2012)

Sudah pasti bagi golongan yang kurang memerhati filem ini secara halus akan mempercayai bulat-bulat bahawa kiamat tidak akan berlaku. Kefahaman ini sekali gus akan membawa kepada kekufuran ke atas umat Islam.Perkara ghaib hakikatnya tidak boleh dibayangkan oleh akal manusia kerana kita adalah lemah.

Nilai positif yang terdapat filem ini tidak dinafikan. Kritikan sosial mengenai masalah keluarga akibat penceraian, anak melupakan tanggungjawab terhadap bapa, bapa melupakan tanggungjawab terhadap keluarga,penentangan terhadap sentimen perkauman serta keadilan untuk semua adalah antara nilai positif.

Secara jujur, saya sendiri terasa diri kerdil andainya bumi ini menjadi huru-hara seperti yang digambarkan dalam 2012 malah ketika kiamat nanti, bumi akan mengalami suasana yang lebih dahsyat.

Kepada semua pembaca, menonton filem bawalah bersama iman anda. Bak kata Ustaz Akhil Hayy (semasa menyampaikan ceramah atas pentas PAS), "Nak tengok tv atau rancangan hiburan bawa bersama iman". Melihat,memahami dan mengkaji serta mentafsir, itulah hakikat dalam setiap perbuatan kita.

Saya tidak menghalang anda menonton wayang tetapi bawalah iman anda. Sekadar catatan pengalaman di bumi Kenyalang.

Khamis, 2009 September 24


Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. SELAMAT BERAMAL